KRI Ajak

KRI Ajak (653) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda anti kapal selam yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.Kapal KRI Ajak milik Indonesia merupakan kapal kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. KRI Ajak memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Ajak dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1989. KRI Ajak merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. Ia dibina oleh syarikat binaan Lurssen, Vegesack, Jerman dan P.T. PAL SY, Surabaya. Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.KRI Ajak mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Ajak dilengkapi untuk misi anti kapalselam "anti-submarine warfare".Kapal KRI Ajak sepanjang 58.1 m; 7.62meter * 2.75meter ( 190.6 kaki panjang * 25 kaki * 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Ajak mempunyai seseran 423 tan penuh.